kini,
dunia baru, dunia tak baru pun tapi perjalanan hidup aku yang baru. ramai orang kate bile bende itu dah tak ade baru kite nak sayang&rindu. same lah ape yang dah jadi. bile jauh dengan rumah baru la rindu nak balik rumah. selame ni kua jalan jalan kat luar rumah sampai tanak balik rumah pon takpe sebab bosan duk rumah. sekarang bile dah jauh, rase nak balikkkkkk aje walaupun dekat. huhe
sikit sikit teringat nak balik. dekat sekolah ingat nak balik, kat asrama ingat nak balik. kat dewan makan ingat nak balik kat toilet pon ingat nak balik. maybe ini yang dikatakan homesick. homesick pon best jugak dapat merasa. first time kottt.
tapi, perjalanan hidup yang baru ni baru nak mule mane boleh balik lagi.
ramai yang tak tahu duduk kt asrama lain rase nye dengan duduk dekat rumah.
duduk dekat rumah lagi best. tak payah penat pon. bukan penat ape. cume kat asrama tak ade mase untuk berehat. terutama sekali masa hari sekolahh! tapi hidup kene diteruskan walaupun badan penat. tapi korang penah terfikir kat budak budak form 1 yang kecik lagi dah duduk kat asrama. badan penat,jauh dengan family paling malang sekali bila kena buli pulak time tu. siape tak tension camtu.
bukan nak kate ape tetapi hakikat nya mmg kesian kan mangse mangse ini.

kadang kadang deorang homesick gila teruk , sampai ade yang nak lari, panjat matrik gopeng, kejar kereta mak bapak die, nak terjun lombong tapi tak mcm bebudak form 4 yang homesick lah kan. budak form 4 homesick cara lain. bile brbudak form 1 ini menanges je, budakk budak lain pndg slack. sian deorg. ape ape pun kite suma mahu freedom
sian kot. senior senior akan mengata, mengejek tapi aku ttp bgge ngn deorg. (chaiyok adik adik!)

HAHA
macam kat sekolah aku ini. tidak ada apa apa yang best pon. (ada sebenarnya) tapi bile dah dengan kawan kawan baru ini suasana menjadi happening.
kawan kat sini memang lain dengan kat sekolah lama.(teringat kat korang lah weyyy) memang kami merupakan satu unit bagi semua pelajar baru di sekolah itu.
jadi kami datang dari pelbagai jenis sekolah. kadang kadang kami berkongsi pengalaman kami. pengalaman mengajar seseorang sebuah erti kehidupan bukan! memang kami mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi kehadiran kami disini tidak disukai oleh pelajar pelajar yang lama.
perkara pertama yang menyebabkan tidak suka akan kami ialah:
1. mereka tidak dapat masuk ke aliran sains tulen
2. kami pelajar baru mengambil semua peluang di setiap pertandingan yang akan di adakan
3. jawatan jawatan seperti pengawas kebanayakkan nya diambil oleh pelajar baru.
persoalan nya
1. adakah itu salah kami apabila mereka tidak dapat masuk ke aliran sains tulen?
2. mengapakah pelajar lama kebanyakkan nya tidak berminat untk menyertai pelbagai jenis pertandingan yang diadakan?
3. mengapakah kami dipersalahkan apabila jawatan jawatan ini dijawat oleh kebanyakkan pelajar baru, padahal jawatan ini adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 tidak kira baru atau lama?
memang lah rasa agak disisihakan bila ada semangat assabiah dalam sekolah terutama sekali pada pelajar form 4 baru dan lama.
namun guru guru kebanyakkan nya menyenangi kehadiran kami. kecuali sesetengahnya.
namun hidup mesti diteruskan. dan kepada semua sahabat handai tidak kira yang baru atau yang lama JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA!
walau apa pun yang berlaku 'jangan disebabkan orang lain kita mahu berundur' dan kata kata ini dipetik daripada ainul. HAHA
P/S: tetiba jumpa balik gmbar ini, teringkat zaman dulu kala!


/
2 comments:
gambate kudasai la kawan.
hope ko tak lupa kat kteorgg..
ko usaha kami usaha
insya-Allah.
ko berjaya.
kami turut berjaya.
doa aku untuk ko.
harap ko juga macam begitu.
yeyyy, thnks. =DD
Post a Comment