Friday, October 2

Dikala bulan mengambang

seja buat title post macam tu padahal mana ada kena mengena. semalam kami iaitu saye, supinnnn (bkn nama sbnr), zaqu dan sir Rzl pun pergi lah mmbeli barang barang yang diperlukann utk sambutan raya. sebenarnye zaqu dah pergi hari sebelum semalam tapi deorg tetap perlu kan gadis gadis seperti saya untuk membeli barang keperluan. perasan gila koott. haha

petang tu balik balik prep aku terus menggengsot laju macam siput babi untuk balik ke dorm. memang tak berjemaah lah petang tuu. macam tak biase lak. hehe, sebab supinnn cakap nak pergi outing pukul lima. tunggu punya tunggu pina balik pukul 5.20. aku pun bersiap dengan tak mandi dari balik sekolah tadi sampai ke petang tuuu pun tak sempat nak mandi. redha je la dgn bau yang ade. habis perfume aku tarukk. (hiperbola!)

kemudian tunggu lahh cikgu kat tangga merah. sambil tu sempat bersembang dengan si zaqu ni. hehe, dia banyak mencungkil rahsia ku diluar. dia ada suruh add dia kat myspace tapi terima kasih sajalah. aku dah tak serajin dahulu untuk mengadd add orang ini. kira pukul 6.15 baru sampai megoplex. tujuan pertama pergi sana nak beli pelita. pelita kat sana sangat murahh. RM1.50 sahaja!

kemudian kami merayau rayau dekat dalam Billion. tiba tiba supinn tanya

S: wehh, cepat la ko nak chocolate ape? cikgu nak belanje!
Hness: heh, yeka. (terus memilihh.)
S: cigku blanje kannn,
Sir Rzl: yela, kmu pilih. ha, zaqu pilih lah!
Hness: nah, aku amik hazelnut. hazelnut sedap
Zaqu: takpe! takpe ckgu. taknak.
Hness: elehh, ko nak chocolate Tango jer! chocolate cmni mne nakk
Zaqu: (tersengeh mcm siput sedut)

hanye aku ngn zaqu jer tau maksud tersirat. tak lama lepas tu pergi la bayar kat kaunter. si zaqu ni tolak trolley pastu sembang sembang pandang belakang dgn aku kat kaunter tu. tup tup terlanggar bontot laki kat depan tu, HAHAHA lawak gile. sampai aku tak berani nak gelak depan orang tu. takut dia marah, dan dan tu jugak aku terus belah.





lepas beli semua, pegi Tesco Ipoh lakk. solat kt sana jugak, begku yg dipegang zaqu kena tinggalkn kt kaunter di luar kerna tak boleh bawak masuk. aku pun pelik. kami plan nak buat chocolate pisang utk menu special rumah mutiara. pilih pilih danpilih pisang. kiteorg beli pisang MONTEL nama nyaa. banyak gila beli pisang sampai orang yang punch harge pun tanya buat ape pisang banyak banyak.







selesai bayar ckgu tanye nak makan aiskrim tak? aku tak kesah je. pastu cikgu pun suruh pilih nak flavour ape. cekgu belanje makan malam lagi. pukul 10.15 baru makan malam, kesimpulannye cekguamat baik belanje kami macam macam.

P/S: ade ke masa nak balik zaqu lupa amik beg aku! nasib baik aku ingat!

No comments: